Tahniah kepada pasangan Aizad dan Liyana yang telah melangsungkan pertunangan di Shah Alam semalam (10.10.10). Majlis memang meriah, terutama di hiburkan dengan aksi gerak khas Emang Manang yang penuh drama dan menghiburkan, scene yang tidak ada audio pun ado!. Nanti yang datang dengan kemera canggih, boleh lah upload sikit gambar kat sini.
IbuCik dan PakCik Zahar memang berusaha bertungkus lumus untuk memastikan majlis yang disertai semua ahli kaum keluarga selesa dan gembira. Tahniah IbuCik dan PakCik Zahar!!!!! (dan Shazzy dan Ayuni dan Tom!)….
Kita nantikan pula majlis nikah dan perkahwinan di bulan January depan pulak. Sedihnya kemungkinan keluarga IbuTeh, MakTok dan Pakda tidak dapat meraikan bersama-sama kerana akan menunaikan umrah.
Pertindihan tarikh majlis sukar dijangka kerana ahli keluarga kita yang ramai. Begitu juga, semalam IbuTeh dan Papa Aziz digemparkan dengan berita bahawa tarikh pertunangan Dilla yang telah ditetapkan pada 11 December 2010 juga berlangsung dihari yang sama dengan keluarga MakLang di Perlis. Malam tadi, IbuTeh telah cuba berbincang dan alhamdulillah telah dapat persetujuan keluarga Azmi yang tarikh pertunangan Dilla ditukar ke 7 December 2010 (Selasa, cuti awal Muharram).
Harap dengan bertukarnya tarikh tersebut, semua ahli keluarga akan dapat datang bersama2 meraikan hari pertunangan Dilla kelak. Dimasa yang sama, disini ibuteh tempekkan in advance, a save the dates card untuk tarikh2 selanjutnya yang telah di rancang supaya kalau ada ahli keluarga nak ke Nepal ke, nak ke Ulan Batar ke, boleh lah siahkan tarikh tersebut.
Terima kasih.

Somo somo, warih kodin, especially warih pesoko dan semondo orang, siap sedio. Tak yah lah kita tunggu orang mintak tolong buat apa-apa. Kalau kita rasa ada yg boleh dibantu, kita hulurkan bantuan. Actually, it is not the actual act of bantuan tu yang matters sangat, the thought of it tu yang counts most. Dalam hal kenduri kendara mcm ni, memang akan timbul misunderstandings and miscommunications. So, bear that in mind. Jangan nak ambik ati bona. Ambik ati tu bulih, bona eh tu yang tak bulih (nang kete TokYah eh).
Seh telopeh aksi Emang Manang. Ado ko bidio eh buleh nak nengok balik ah
-Aizad (lupo nak logout)
Asalamaualaikum,, kpd semua ahli keluarga kita,,,
Pertama-tama nye Pakcik nak mengucapkan jutaan terima kasih dan amat terharu kpd semua yg terlibat dan diatas sokongan kalian, untuk menjayakan majlis pertunangan Aizad semalam, samada secara langsung atau pun tak langsung, kalian memanglah saudara tulin, sanggup datang dari jauh, sanggup meluangkan masa, sanggup membatalkan program, sanggup buat baju baru, sanggup bercuti, sanggup merendah kan maartabat demi untuk menjayakan majlis ini.
Sekiranya ada yang tak kena, ada yg terkurang, ada yang terover, ada yg tertinggal atau ada yang tak senang hati,, itu adalah kelemahan kita sebagai manusia,,,, pakcik mohon jutaan ampun dan maaflah….
salam,
congratulations aizad
Ma – laa dah tukar lagi date? hehehehhehehe. InsyaAllah June I will come back for Dila’s wedding, hopefully date will not be revised, asya nak beli tickets ni ……
Congrats to Aizad & Lyana and Dilla & Azmi! Kak Ann & Abg Bad is ready to be mobilized, insya Allah.
I mean Kak Ann and Abg Bad ARE ready to be mobilized