Feeds:
Posts
Comments

Alhamdulillah, selesai sudah majlis akad nikah Aizad dan Lyana pada 1.1.11 dan persandingan di sebelah pengantin perempuan pada 2.1.11. Sekali lagi KeluargaKita telah bersama-sama bersatu hati menjayakan majlis yang sangat bermakna ini. (Habih collection baju melayu paklang.) Insyaallah, minggu depan pada 9 Jan, kenduri di rumah Pak Cik Zahar/Ibu Cik pulak. Ramai-ramai kita ke sana. Tahniah kita ucapkan kepada Aizad dan Lyana, semoga kekal hingga akhir hayat.

Majlis Akad Nikah: Courtesy of Kak Uda

Majlis Persandingan : Courtesy of Kak Uda

Tahniah untuk Aizad dan Lyana : Courtesy of Kak Ann

Kita dapat link dari Rufi (videoman masa pertunangan Dilla haritu) and paklang upload kat sini for everybody viewing. Paklang try to embed tapi tak boleh, so, paklang bagi URL aja. Happy viewing!

http://vimeo.com/18022089

Thankyou to Rufi from rfmediaworks.com

Satu lagi majlis keluarga akan berlangsung hari Selasa ini 7 December 2010, iaitu Majlis Pertunangan Dilla dengan Azmi. Semua ahli KeluargaKita dijemput hadir. The rundown of the event yang paklang dapat dari Dilla as follows:

11.00 pagi: Pak-pak Sedaro dan Mak-mak Sedaro serta kezen mezen to standby. Harap by this time, semua dah ada kat rumah IbuTeh. Tema is seabreeze. Any tone of blue is allright. (Biru bijik kundang?) Uncles and Unties harap pakai baju Melayu/kurung.

11.30 pagi: Keluarga Azmi dijangka sampai waktu ni. Kita sambut dengan our trademark – a very warm welcome. Pak Ngah akan jadi wakil KeluargaKita. Lepas discussion, Uncle Chin baca doa, upacara sarung cincin, upacara suap gulo, then proceed for lunch.

12.30 thari: Lunch. Lepas ni baru Azmi boleh datang. Photography session start around 1.00pm. Sesiapa yg berhajat, besar-besarkan lah hati untuk berfoto buat kenang-kenangan.

So, kita jumpa kat sana nanti, insyaalah.

Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Terima kasih tidak terhingga kepada ahli-ahli majlis tertinggi yang telah menjayakan majlis ini pada 10/10/2010. Tanpa kudrat kalian, majlis ini pastinya tidak akan berlaku.

Semoga Allah membalas jasa kalian di akhirat kelak. Wit wit kelapa sawit!

 

-by Aizad

 

p/s: Next in line is…

Walimah

Tahniah kepada pasangan Aizad dan Liyana yang telah melangsungkan pertunangan di Shah Alam semalam (10.10.10). Majlis memang meriah, terutama di hiburkan dengan aksi gerak khas Emang Manang yang penuh drama dan menghiburkan, scene yang tidak ada audio pun ado!. Nanti yang datang dengan kemera canggih, boleh lah upload sikit gambar kat sini. 

IbuCik dan PakCik Zahar memang berusaha bertungkus lumus untuk memastikan majlis yang disertai semua ahli kaum keluarga selesa dan gembira. Tahniah IbuCik dan PakCik Zahar!!!!! (dan Shazzy dan Ayuni dan Tom!)….

Kita nantikan pula majlis nikah dan perkahwinan di bulan January depan pulak. Sedihnya kemungkinan keluarga IbuTeh, MakTok dan Pakda tidak dapat meraikan bersama-sama kerana akan menunaikan umrah.

Pertindihan tarikh majlis sukar dijangka kerana ahli keluarga kita yang ramai. Begitu juga, semalam IbuTeh dan Papa Aziz digemparkan dengan berita bahawa tarikh pertunangan Dilla yang telah ditetapkan pada 11 December 2010 juga berlangsung dihari yang sama dengan keluarga MakLang di Perlis. Malam tadi, IbuTeh telah cuba berbincang dan alhamdulillah telah dapat persetujuan keluarga  Azmi yang tarikh pertunangan Dilla ditukar ke 7 December 2010 (Selasa, cuti awal Muharram).

Harap dengan bertukarnya tarikh tersebut, semua ahli keluarga akan dapat datang bersama2 meraikan hari pertunangan Dilla kelak. Dimasa yang sama, disini ibuteh tempekkan in advance, a save the dates card untuk tarikh2 selanjutnya yang telah di rancang supaya kalau ada ahli keluarga nak ke Nepal ke, nak ke Ulan Batar ke, boleh lah siahkan tarikh tersebut.

Terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Tasya  dan Marwan. Maaf Zahir dan Batin.

Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua!

Alhamdulillah dia atas nikmat Allah, kita masih dikurniakan kesihatan untuk berhari raya dan melantak menikmati juadah di pelbagai rumah terbuka tahun ini.  Sayugia, Nini bagi pihak keluarga Pak Ngah ingin menjemput semua ahli Keluarga Kita ke jamuan rumah terbuka Eid keluarga kami yang dijadualkan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 3 Oktober 2010 (Ahad)

Masa: 12 tgh – 5 ptg

Tempat : Rumah Pak Ngah, KL.

Kehadiran semua adalah amat dialu-alukan.

p/s: Duit rayo dah bagi haritu, takdo laie dah. ni jomput makan pulak yo? hehe..

Ikhlas mengundang : seisi keluarga.